Jumaat, 18 Jun 2010

Rasa hati- cetusan bicara

Salam,

Aku harap semua masih di sini, menatap blog ringkas ini, tempat aku meluahkan segala yang terpendam di hati, di mindaku.Aku masih ingat, beberapa hari yang lepas, seorang staf aku, tiba-tiba datang bertanya pada aku, "Encik Ashraf, apa maksud kehidupan pada Encik?" Aku tak dapat nak menjawab soalan yang sangat ringkas tetapi cukup bererti sekali. Aku tinggalkan dia dengan janji kosong aku dengan mengatakan "Ok, nanti dalam kereta, saya cerita ok?"

Kali ini, aku sisipkan sebuah lagi sajak lama, sekitar tahun 2004. Terimalah.


Rasa hati- cetusan bicara

Hidup ini penuh makna,
Banyak mengajar manusia berikhtiar,
Berusaha, berdoa, bertawakkal, berjaya gagal rencah keidupan.

Hidup berasaskan pengalaman,
Bersyukur aku,
Meskipun ibu dan ayahku telah pergi dijemput sang Izrail,
Telah pergi menemui maha pencipta,
Aku masih disini, tegak berdiri,
Di atas landasan aku sendiri.

Aku mencorakkan hidupku sendiri,
Masa depanku terletak pada tanganku,
Pada jemari ini aku coretkan rasa hati,cetusan bicara hatiku ini.

Rasa suka dan duka,
Gembira dan sedih,
Manis dan pahit ku tanggung derita ini,
Derita di hati tiada siapa kan mengerti.

Kadangkala aku suka bersendirian,
Ada ketikanya aku inginkan kebebasan,
Kebebasan yang memberikan aku erti sebuah kehidupan hakiki.

Aku masih mencari erti kehidupan ini,
Aku masih mencari puncak kehidupan ini,
Hidup bersama kawan – kawan banyak mengajar aku,
Mengajar aku erti nilai- nilai kemuliaan,
Kehidupan, pergaulan, setiakawan.

Namun,
Kawan – kawan jualah mengajar aku erti kerosakkan, kebinasaan, kenakalan yang memuncak.
Namun,
Itulah dia kehidupan,
Pengalaman itulah guru terampil hidup kita,
Guru paling setia saat suka dan duka,
Susah dan senang.

Mungkin suatu hari nanti,
Aku akan mengerti apa itu sebuah kehidupan,
Aku masih tertanya- Tanya,
Dimanakah aku 10 tahun akan datang?
Oh, sakitnya jiwaku,
Aku masih tidak mengerti tujuan hidup sebenar aku disini - Di alam maya ini,
Adakalanya aku merasakan hidupku ini tidak bermakna,
Apa manfaat yang telah aku lakukan?
Apa bakti yang tekah aku taburkan?


ashrafadrutdin (Jan - 2004)
2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan