Ahad, 26 Disember 2010

Di hari persandinganmu

Di hari persandinganmu
Segalanya musnah,
Batinku menjerit padamu,
Namun tiada resah.

Aku cemburu,
Kugagahkan jiwaku,
Memetik wajah-wajah manismu,
Di hari persandinganmu,
Dengan putera hati pilihanmu.

Selamat tinggal cinta pertamaku,
Selamat kau di bawah hamparan Al-Wali
Selamat berbahagia hingga ke anak cucu,
Selamat kau hingga ke syurga firdausi.

ikhlas,

Ashraf Adrutdin,
26/12/2010
jam 8.51 mlm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan