BUKANKAH
AKU GURU PERTAMAMU?
Ashraf
Adrutdin
Tatkala aku membisikkan kalimah Allah maha besar di
telingamu,
Kau sewaktu itu pertama kali menatap dunia nan indah nan
panca roba.
Bukankah aku yang pertama menjadi gurumu?
Bukankah aku yang menjadi guru pertamamu?
Bukankah aku guru pertamamu?
Kau mengajarkanku erti kasih sayang dan cinta sebenar kepada
duniawi,
Aku kenal akan komputer, ipad, astro dan Einstein, dan Max Weber
dan Derrida dan Shakespeare dan Dicaprio dan, dan, dan.
Monsun beralih dan mentari mengaum berdebat dengan sang
petir,
kau ajarkanku membuka pendingin hawa,
Tidak ku tahu bahawa ozon mula menipis, karbon dioksida
tidak terserap lagi dek daun dan akhirnya rumah kaca terbentuk,
menakluki atmosfera dan enggan melepaskan dan memeluknya umpama
bidadari.
Aku belajar mengaji seperti kau sewaktu kecil,
Sayang, aku dan kau sekadar pandai mengalunkannya mengikut
tajwid dan taranum,
Tidak pula kita gali tersiratnya ilmu-ilmu Qalam suci itu,
Erti khalifah tidak kita terapkan pada kehidupan apatah pada
alam sekitar yang lekeh.
Tidak kau pernah menyentuh akan jati, mempening, bintangur
dan halban,
Apa lagi ertinya beratus lagi haiwan yang mati pupus apa kau
peduli,
Kau kata kita sekadar berusaha mencari rezeki yang halal,
Untuk masa hadapan aku, kau dan cucu cicit kita.
Aku tidak mengungkit,
Cuma kesal kerana aku, kau dan kita semua masih membisu dan
mengikuti sahaja,
Tidak kita bangkit melawan kapitalis yang sekular yang bukan
sekadar menghancurkan alam sekitar bahkan jiwa, akhlak, etika, pemikiran,
pegangan, pendirian dan, dan, dan.
Tidakkah aku merasa berdosa membiarkan perogol, peragut,
perompak, dan, dan, dan,
Merakus segala apa yang ada di tubuh di dada belantara
dunia,
Dan membiarkan definisi kemodenan menakluki umpama kita
dijajah semula.
Dan saat aku pejamkan mata buat kali terakhir,
kaulah yang pula menjadi guruku terakhirku,
dengan membisikkan ke telingaku,
kalimah Tiada Tuhan melainkan Allah.
ashraf adrutdin
5 mei 2015
Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan