Khamis, 1 Julai 2010

Nurani

Sebuah lagi sajak lama...


NURANI

Ilmu itukan ada dimana – mana,
Walau dimana jua kita berada,
Timur barat, utara dan selatan,
Walau sehina – hina tempat pembuangan sampah,
Walau sekotor – kotor dan sebusuk – busuk loji kumbahan yang sarat padat najis dan lipas – lipas.

Jangan kau fikir ilmu itu hanya di sekolah,
Hanya di universiti,
Ada yang belajar di bawah jambatan dan kolong,
Juga pondok – pondok usang demi mengejar ilmu,
Semua tempat di alam semesta ciptaan Illahi itu adalah medan ilmu.

Jangan kau hina,
Jangan kau pandang rendah pada orang yang engkau rasa dan fakir tidak setaraf dan tidak sepandai kau – lulusan Cambridge mahupun Universiti Malaya,
Belum tentu kau tahu apa yang mereka tahu,
Tentang pengalaman hidup,
Perit jerih kehidupan.

Itulah Islam menyuruh kita menghormati semua lapisan manusia,
Malah sehina – hina haiwan dan tumbuhan,
Belum tentu kau berzikir sepanjang waktu – setiap saat !

Jangan kau hanya hormat dan tunduk pada si pandai sahaja,
Tetapi turut pada mereka yang lebih bodoh dan jahil daripada engkau !

Ini kerna kau pasti tahu,
Yang engkau tidak tahu kejahilan dan kebodohan mereka.

Ini amaran keras !
Jika engkau merendah – rendahkan seseorang,
Hanya kerana kebodohannya,
Engklau silap dan engkau berada di lembah kebodohan yang sebenar,
Yang engkau sendiri tidak menyedari,
Bahawa engkau telah berada di dalamnya !

Engkau sebenarnya telah mengalami penyakit mental,
Minda engkau tertutup dan terkunci,
Yang tidak mungkin dapat dibuka lagi,
Selagi engkau belum menyedarinya dan mengakuinya.

Engkau kata orang gila itu gila,
Tetapi sebenarnya engkau yang gila !
Percayalah !

Khashraf /
5 pagi /
sabtu /
10.4.04

Tiada ulasan:

Catat Ulasan