Selasa, 20 Julai 2010

Tinta harian

Hujan begitu lebat di luar, membasahi bumi tatkala hendak keluar dari kereta menuju ke fletku. Bunyi guruh yang begitu kuat menakutkan aku serta merta aku cepat keluar dan terpaksa meredah hujan dan banjir yang agak tinggi di sekitar kawasan parkir kereta ini. Tatkala aku sampai di tingkat 4, baruku sedar, “ah, kunci rumah tertinggal di dalam kereta”..Hatiku geram kerana terpaksa turun semula dan meredah hujan dan banjir tadi yang ku rasakan kelegaan apabila ku sampai di tingkat bawah flet tadi. “Menyesal aku tak parkir dekat dengan tangga tadi”. Kali ini, hujan tiba-tiba jadi lebih lebat apabila aku berlari ke kereta kelisa jinggaku itu, sambil menekan punat alarm, aku buka pintu dan segera mencapai kunci rumah di dalam keretaku. Lantas aku berlari kembali meredah hujan yang menyebabkan baju dan seluarku lokos dan berjalan di dalam banjir yang membasahi kasut aku.
Tatkala sampai di dalam fletku, aku hanya memikirkan untuk terus ke bilir air untuk mandi kerana khuatir selsema dan demam. Sempat aku mencapai sebatang rokok dan aku nyalakan pemetik api dan membakari sebahagian kecil di hadapan rokok Saat menthol itu. Lamaku duduk di atas jamban itu, sambil menantikan hisapan terakhir rokok itu. Aku sedar, banyak masa yang terbuang kerana, aku sangkakan aku akan ‘membuang’ seperti selalu yang berlaku ketika sampai di rumah sebelum-sebelum ini. Entah mengapa, ia tidak mahu keluar. Segera aku mengepam dan mandi. “Buang masa aku melayan kau wahai perut” getus kecil hatiku.

2 ulasan: