Rabu, 4 Ogos 2010

Rewak [ada perkara yang hendak dikhabarkan]

Sepi begini,
seolah-olah merugikan,
tatkala kebanyakan mereka berpesta sini-sana,
ada yang menyendiri, menyepikan diri,
memikirkan sesuatu yang silam,
bukan kenangan bukan nostalgik,
hanya dosa lampau yang membukit.

manusia diseru menggunakan kemampuan akliah serta kebijaksanaan,
bukan tengkarah bertuankan nafsu serakah,
setiap polemik mengundang kekeliruan yang tidak pernah usai,
umpama anjing dengan kucing,
setiap yang berada di gelanggang itu merasa nanar,
tangan digengam erat, bibir diketap kuat,
bersabarlah wahai umat Muhammad,
dunia belum kiamat.

Israel tirani,
Amerika pula apa?
PBB itu bahalol,
OIC pula bagaimana?

Jika begitu,
mari kita memeluk tubuh bidadari syurga itu,
sama sahaja dosanya memeluk tubuh sendiri,
kerana kata-kata yang lugas berbicara saat itu,
hanya retorik kosong,
umpama durian yang ditebuk tupai,
baunya kuat harum,
tetapi isinya kosong.


ashrafadrutdin 5 Ogos 2010.

1 ulasan:

  1. Hidup ini bagaikan lautan,
    Jadikan iman sebagai kapalnya..
    NU

    BalasPadam