Ahad, 13 Mac 2011

bisikan hakaik (hakikat)

Oh ibu,
Engkau menjilat tubuhku yang kesejukan itu,
Agar aku berasa suam dan selesa.

Oh ibu,
Engkau menjilat kemaluanku yang kotor itu,
Agar aku berasa bersih dan sempurna.

Oh ibu,
Engkau berikan susumu dari putingmu itu,
Agar segala khasiat dan kasih sayang itu mengalir ke dalam tubuhku.

Oh ibu,
Hanya dengan baumu sahaja yang membuatkanku menyakini,
Bahawa hanya pada engkau aku mengiau,
Dan engkau ‘kan mengiau kembali kepadaku,
Dengan kalimah manja,
Bahawa aku kan selamat bersama ibuku.

Oh ibu,
Daripada engkau akan ku belajar,
Bahawa dunia ini hanya tumpangan sementara,
Agar aku sentiasa bersabar,
Bertasbih,
Bermunajat,
Bertawakal,
Kepada Sang Pencipta,
Yang Esa, tiada yang layak disembah melainkan Engkau Al-Wali,
Yang memberikan aku erti,
Kasih dan sayang,
Sesama aku dan manusia.

Akukan menjaga keturunanku kelak,
Pabila aku dewasa dan juga punya keluarga seperti sekarang,
Hanya aku, adik – adikku, dan ibuku.

Kan ku pelihara mereka,
Agar menjaga tatasusila kehaiwanan dan keimanan,
Agar tidak menjadi seperti kaum manusia,
Yang punya akal namun bersifat lebih kebinatangan dari kita.




Ashraf adrutdin,
13/3/2010,
Jam 09.51 malam


1 ulasan: