Khamis, 17 Mac 2011

Roh

Saat aku menghembuskan nafasku,
Bersama kepulan asap ke udara,
Aku melihat batangnya semakin hancur, berdebu dan akhirnya jatuh berderai menjadi sisa sisa abu..
Semakin laju aku menyedutnya,
semakin byk asapnya,
dan semakin pantas ia bertukar menjadi abu, jatuh berderai ke tanah.

Hidup aku kini umpama begitu,
Semakin laju aku berlari,
Berlari mengejar diriku,
Semakin ia menghilang,
Kabur dari pandanganku,
Sunyi derapan langkahnya,
Hilang baunya,
Tidak mungkin dapat dirasainya.

Jasadku kaku,
Ke mana hilangnya rohku?
Masih lagi berterbangan bersama mimpi mimpi impian maknawinya?
Atau sebenarnya sudah tidak ingin lagi bertemu kembali jasadnya,
Mencium pun tidak mahu,
Apatah lagi mahu memandangnya,
Merasakan tubuhnya,
Mendengarkan degupan jantungnya.

Aku hilang rohku,
Aku hilang semangatku,
Aku hilang panasnya hati yang membara seperti dahulu,
Aku hilang cita-cita menggunungku,
Aku hilang impian maknawi,
Aku hilang segalanya.

Bagaimana kau mahu mengoncang dunia,
Seandainya tangan yang kasar itu pun berat untuk diangkatnya?

Apa lagi yang aku cari di bumi Al-Wali ini?


Ashraf adrutdin,
17 mac 2010,
Jam 2.42 pagi
Belmont Marco Polo, Tawau

1 ulasan:

  1. Kadangkala ku rasakan dirimu umpama intan, yang cantik bergemilauan dan boleh disentuh,
    Kadangkala dirimu kurasakan seperti pelangi, indah, tapi hanya mampu untuk dipandang,
    Semacam kurasakan dirimu umpama ombak, yang cantik untuk dipandang dan disentuh, tapi boleh membaham bumi dengan sekelip mata,

    Khairul Ashraf Adrutdin,
    Ukirkan senyuman di wajahmu, agar mata ini sentiasa bersinar melihatmu,
    Penuhkan hatimu dengan zikrullah, agar kasih sayang Allah menjadi teman hidupmu,
    Wajakan hatimu seperti Hamzah, yang shahid membela agamamu tercinta,

    Jika kau rasakan tiada lagi yang dicari di bumi Al-Wali ini,
    Ingatlah, walaupun tanganmu akan hancur di dalam tanah,
    Yang kekal hanya tulisanmu di atas buku..


    Ikhlas,
    Jauh..
    Kau ke timur, aku ke barat.

    BalasPadam