Isnin, 25 Julai 2011

Nyawa ganti nyawa

Nyawa ganti nyawa

dalam tatkala kita lemah melawan kematian,
rupanya insan lain yang gesit dilewati izrail.

dalam tatkala kita bertawakkal menghadapi kesakitan,
rupanya insan lain yang berpasrah menghidu kecelakaan.

dalam kita berdoa pada Al-Wali memohon umur yang panjang,
rupanya kita terlupa yang insan lain telah tercatat di Luh Mahfuz.

kita bertelanjang keluar dari rahim,
ke barzakh kita berselimut putih.

yang musnah hanya jasad kita dari pandangan,
sedang roh tidak 'kan mati di sisi Tuhan.

"Aku berdoa abah yang sakit tidak pergi dulu,
rupanya kakak yang sihat pergi mengganti abah".

Dalam doa anak berkata : "Allah ambillah nyawaku, sebagai ganti, jangan engkau cabut nyawa orang yang kukasihi".

dari alam ketiga singgah menuju alam keempat,
alam ketujuh destinasi terakhir untuk berehat.

Kata abah: "Tak sangka nak, kau pergi dulu sebelum aku".
cemburu abah, anaknya pergi dahulu.

Dalam Yasin kami merinduimu,
Tadah tangan menyebut namamu,
Tiap sujud terbayang wajahmu,
Beranya malam bangun menangisimu.

Al-fatihahku,
tanda solidariti pemergianmu.



ashraf adrutdin,
subang intan,
25/7/2011, jam 2.10pagi.

1 ulasan:

  1. Allah Maha Besar..sekelip mata nyawa diambil..
    Ku sedekahkan al-Fatihah kepada yang pergi..
    Ku panjatkan syukur kerna masih bernafas..
    Ku berdoa pada-Mu agar aku menjadi insan yang beriman dan bertaqwa..
    Kerna hidup ini hanyalah pinjaman semata-mata..
    Sejenak, rohku akan diambil menghadap Illahi..
    Tidak kutahu nasibku di sana..
    Ketahuilah, bila masa terhenti, teman sejati adalah amal..

    Allahummaghfirlaha..


    -aku yang lemah-

    BalasPadam