Selasa, 6 Disember 2011

Fitnah

fitnah

aku difitnah dengan tuduhan yang tidak berasas,
berfoya-foya dengan gadis tidak kukenali,
tahukah kamu bahawa pemfitnah tidak bau syurga,
tuduhan ini sangat berat untuk kutangggung.

cukup,
jangan dusta lagi,
ayah tidak pernah mengajar untuk menabur fitnah kepada orang lain,
apa entah untuk menconteng arang ke muka sendiri,
ayah tidak pernah mengajar untuk kamu mempercayai fitnah.

Kusut,
belum pernah aku difitnah seumur hidup,
ini kali yang pertama,
aku jua berharap ini kali terakhir,
inilah rencah dunia yang harus ku kunyah,
dan harus ku ludahi ke muka pemfitnah,
maaf andai bahasa ku ini kesat.




Ayah seorang guru,
Ibu seorang kerani,
Ayah meninggalkan aku harta diwarisi,
Ibu meninggalkan ilmu berguna, quran kukhatam, jawi ku fasih,
Apa lagi yang tidak cukup?

Biarkan aku sendiri,
mengenangkan perbuatan orang,
kata nendaku, "biarlah orang buat kita, jangan kita buat orang"
Jangan gangguku lagi,
Andai ini harga perlu kubayar untuk mendapatkan cinta suci,
Aku tidak rela maruah ku digadai.

aku difitnah,
ashraf adrutdin,
jam 0915 malam,
hari pertama kursus ASM.
6hb disember 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan