Ahad, 11 Disember 2011

sajak empat muka | seperti anak kucing | as kunu

empat puluh lima minit itu lama bukan?
apa yang kau dapat dengan
meminum susu ibu mu itu?

anak kucing itu berkata:
                                  "aku mencari - cari puting susu ibuku,
                                   merasai manisnya susu itu,
                                   mengalir dari tekakku terus ke
perut kosongku"


"aku berlari, melompat, meniarap, menonggeng,
mencari puting susu ibuku,
riang, indah, lapar dan dahaga,
bercampur baur dalam hatiku"


Bagai menunggu kasihku datang,

di mana kah dia?
sudah tiba masa untukku,
menelan ubat OCD ku,
bertajuk "clomipramine".

Andai aku tidak dapat,
menelefon kekasihku.


aku bingung, empat puluh lima minit itu,
lama bukan?
masa ku terbuang melihat,
anak kucing itu menyusu puting ibunya.


As kunu, di mana kau as kunu?
aku merindui kau as kunu...
datanglah padaku as kunu...


i,i,i, k,l, asli? selepas asli - keaslian,
mana ask? l,m - tiada perkataan as kunu
di dalam kamus dewan bahasa edisi ke-empat.


aku menyelak kamus sambil
menelefon kekasihku as kunu..
                                              di mana kau as kunu? as..kunu..as..kunu..
asma - aku sakit asma, lelah,
asmara - cinta kasih sayang,

asmaradana - bercumbu - cumbuan,
ASN - kep amanah saham nasional,
asnad - cari sendiri,
asnaf - golongan berhak menerima zakat,


Tidak! OCD aku menggila,
tanganku tidak berhenti menulis,
sebelah lagi mendail nombor as kunu..
tersilap dail, ah!
ini bukan no as kunu!


Asonasi - pengulangan bunyi vokal dalam deretan kata spt secupak dan sesukat, atau pokok dan tokoh.


di dalam minda ku,
asyik berkumandang lagu sheila on 7 - "ku petik bintang, untuk kau simpan, cahayanya terang"..
tiada lagu itu dalam simpananku..lama aku mencari..yang hanya ada lagu ini: "tunggulah aku, di jakartamu..tempat pelabuhan semua mimpiku.."


"aku pun sempat janjikan, ku kayuh semua janji ku..dan kau pun selalu janjikan, u (tidak sempat salin, ku patah balik semula lagi itu)..untuk menunggu ku datang, bersatu kembali seperti dulu..dan bila aku pun rindu.. (lagi sekali, terpaksa berhenti dan patah balik main lagu itu)..padanya hanya untukku pada hangatnya tawamu,,ku dengarkan dengan gitar lagu-lagu kesayangan, sambil ku ingat indah wajahmu..woohoo..wohoo,..wohoo..."

Izinkan aku mencuba lagi,
mendail lagi nombor as kunu,
as kunu..as kunu..angkatlah sayang..


Tidak! aku tak akan berhenti,
sehingga as kunu,
mengangkat henfonnya.


Hingga mendengar dari corong sebelah sana,
"assalamualaikum awk?"
"waalaikumsalam - as kunu ke?"
"bukan, dia dah meninggal"
"subhanallah"


ashraf adrutdin,
jam 12.20pagi,
terlambat empat puluh lima minit menelefon as kunu..
12/12/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan