Rabu, 14 Disember 2011

malam yang ganjil

di suatu malam yang ganjil, aku termimpi akan gerai nasi lemak yang sering aku lewati dahulu berhadapan dengan sekolah menengah di sebuah pekan bernama subang bestari. Aku meminta nasi lemak bersama nasi tambah dan dua biji telor rebus bersama sambal lebih. Tak tahu mengapa aku tidak mengambil saja nasi lemak yang sudah siap dibungkus berbentuk piramid itu, sengaja aku meminta makcik Kiah membuat yang lain untukku. "Kau ni mengada-ngada saja lah, saja mahu susahkan aku pagi-pagi sibuk orang tengah ramai mahu dilayan, ambil saja yang sudah siap aku bungkus itu, kan mudah?" ujar Makcik Kiah mengomel padaku.

Tiba-tiba jam 5 pagi aku bangkit dari tidur lalu aku teringat bahawa aku masih belum melaksanakan isyak. Bangun aku pada beranya malam yang ganjil, menadah tangan menakung air untuk mengambil wudhu', lalu aku menyapu pada muka ku sebanyak tiga kali, dan seterusnya mengikut tertibnya. Aku kemudian menyempurnakan solat isyak ku dengan bacaan al-fatihah diikuti bacaan surah Al-A'la yang bermaksud Yang maha tinggi diikuti rakaat dengan surah Al-Inshirah yang bererti lapang dada. Saat seusai solat, aku pantas mencapai pena dan buku notaku untuk menulis warkah ini.

Selepas ini, aku akan berdoa pada Al-Wali, berdoa agar menjadi seorang penulis yang mamapu mendidik dan membimbing pembaca karena aku tahu itu merupakan suatu ibadah untuk ku.


ashraf adrutdin,
5.45 pagi, 14/12/2011

1 ulasan:

  1. Hi awk..Makcik nasi lemak tu nama makcik kiah ea?baru tau.he..

    BalasPadam