Jumaat, 13 Januari 2012

lima minit

kau melirikku
dari ekor matamu
menembusi tudung putihmu
seputih hatimu

apa yang bergentayangan di dada dan fikiranmu sayang?
kau tampak begitu mulia
dan lembut

lantas kau menggosok matamu
mungkin habuk atau angin rindu menghembusnya
lalu titisan itu mengalir perlahan


secara tiba
deringan telefon bimbitmu berdering
memecah kesepian hati
dan barang yang kau pesan sudah kau bayari
dan akhirnya
kau berlalu begitu sahaja

itulah 5 minit detik cinta paling singkat
seumur hidupku
kau datang dan pergi
begitu saja



*maafkan aku karena terpaksa menulis semula setelah sajak terakhir kelmarin aku tuliskan.
jiwa ini jiwa menulis, cinta ini bukan sekadar lima minit, tapi ke akhir hayat. tak perlulah engkau membunuhku secara perlahan lahan..


ashraf adrutdin
13 januari 2012 jumaat (tapi sajak ni kelmarin tulis)
al-wadud, subang intan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan