Sabtu, 7 Januari 2012

Bab 5 prolog saraswathy 1934

Manuskrip bab 5

“Ramli, how well do you know about your religion?,” tanya Tuan William kepada Ramli yang sedang memandu dalam hujan lebat yang menggila menuju ke Singapura (nama mess tentera).

“Err, what sir? I, I don’t understand sir. Do you mean Islam?”, sahut Ramli antara dengar tak dengar kerana bunyi hujan yang mengganggu, secara tak langsung mengganggu konsentrasi dia yang sedang memandu. “Apahal pula Tuan William ni, tak pernah-pernah tanya pasal agama Islam ni, tengah-tengah hujan pula ni”, getus Ramli dalam benak hatinya yang berkocak.

“Are you deaf? Pekak ke kamu ini Ramli? Hahaha,” gelak Tuan William yang sering gelak dalam setiap butir bicaranya, tak nampak seperti seorang Residen yang menjajah Tanah Melayu, umpama kawan-kawan yang sangat akrab dengan dia. Hatta sebagai seorang tentera dan seorang residen yang tegas pada tentera British, beliau tampak mesra dengan Ramli, apatah punya agenda tersembunyi pada dia, sementelah Ramli seorang yang bijak bertutur bahasa inggeris. "Ya, maksud saya agama Muhammad, nabi kesayangan kamu itu, hahaha". Serentak itu, Ramli lantas mengucapkan selawat pada junjungan nabi di dalam hatinya.

"Ya tuan, arwah ayah saya Hj Megat mengajarkan saya ilmu agama Islam dengan baik, malah anak saya Derul juga saya ajarkan agama dan mengaji al-quran, kenapa tuan? Ada sesuatu yang menarik minat tuan pada Islam?", sambil tersenyum dia memandang wajah tuan William melalui cermin pandang belakang, kelihatan wajah Tuan William tenang sambil memandang hujan yang mencurah di luar kereta berlatarkan bukit bukau yang dipenuhi kabus tebal, lantas dia sedikit menggigil sendirian.

"Ramli, kurangkan sedikit aircond itu, aku tiba-tiba merasa sejuk," arah Tuan William kepada Ramli.

"Ai Tuan, bukankah di England lebih sejuk dari Tanah Melayu ini tuan?", senyum Ramli pada Tuan Willian meski tidak kelihatan di mata Tuan William.

"Ramli, memang di England tanah airku itu lebih sejuk, tetapi setelah berbelas tahun aku di sini, aku sudah tidak biasa pada kesejukan lagi, ah, lagipun sejuk di sini, lain sekali, amat berbeza dengan England."

Ramli berasa Tuan William cuba bersikap sarkastik kepada dirinya, masakan di sini sejuknya lain dengan di England, terasa seperti dia diperbodohkan secara halus. "Tuan, apakah tuan maksudkan sejuk di sini berlainan dari di England itu tuan? Maaflah saya bukan pernah pergi di tempat tuan itu, apatah untuk ke Singapura ini pun atas kapasiti saya sebagai seorang pemandu Residen, jika tidak sekadar berangan-angan sahajalah."

"Hei Ramli, ini Tanah Melayu banya sumber asli yang nilainya tidak ternilai di mata kami, apa lagi pelabuhan di Singapura suatu yang strategik dan banyak menarik peniaga-peniaga dari Timur Tengah, China, India, dan rantau Asia Tenggara, tempat kamu ini juga sesuai untuk pertumbuhan tanam tanaman makanan, nasi, nasi yang kamu makan itu, dan juga sesuai untuk pokok getah, kamu tahu getah itu amat kami perlukan untuk membuat tayar kereta di British, dan ini membuatkan kami begitu sayangkan tempat ini, dan Syarikat Hindia Timur Inggeris membelanja, melabur bukan sedikit wang untuk bangunkan tempat ini, kamu tahu Ramli, hei Ramli? Hahahaha..", jelas Tuan William sambil meneguk arak anggur dalam botol kaca berbentuk segi empat tepat itu, berjenama Jack Danial, begitulah dia lakukan saat kesejukan, apatah lagi hujan masih melebat dan suhu masih lagi sejuk, lantas dia mengeluarkan cerut hitamnya, dan menyalakan api membakari hujung cerutnya. Ramli yang terbau asap cerut tuannya, terus membuka sedikit tingkat, titis tits kecil hujan memasuki kereta. "Memang bagus sekali bila kami ambil Singapura daripada Belanda dan menukarkan dengan Bengkahulu yang tiada apa itu, dan inilah kesejukan yang aku katakan itu Ramli, kesejukan daripada Tuhanmu dan nabimu itu Ramli, yang tiada di bumi kami. Hekk..uhh, fuhh..", Tuan William mula mabuk sambil menghisap dan menghembuskan asap cerut buatan Belgium kegemarannya itu.

Ramli mengangguk-angguk kepalanya macam ayam mematuk ulat, aroma asap cerut Belgium itu (smbg)


ashraf adrutdin
Al-wadud
3.11 pagi / sabtu 7 januari 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan