Sabtu, 12 Mac 2011

Erang

Erang

Aku di sini kawan,
Berbekalkan tuala buruk untukku mandi dan berselimut,
Menghilangkan keringat dan gigitan semut.

Di dalam mimpiku,
Aku terlihat 5 pintu,
Mana satu arah tujuku?

Benarkah bintang itu 5 bucunya?
Aku seolah merasakan diriku tidak merasa puas.

Aku tiada daya untuk bangun pada waktu pagi,
Mengapa aku begini?

Malam-malamku diganggu bisikan-bisikan,
Bayangan-bayangan yang membuatkan aku terfikir,
Dan berfikir sehingga tidak ku sedar akan masa yang berlalu.

Alasan untuk cuti lagi hari ini?

Aku tidak cukup dengan 24 jam sehari,
Aku perlukan lebih lagi,
Agar aku mampu berkarya,
Dan berkarya,
Berkhayal,
Bermanja,
Bermunajat,
Belajar,
Berlatih,
Baiki kesilapan lalu.

Terkadang aku merasakan aku perlukan ibuku di sini,
Menemaniku di sini,
Agar aku sentiasa selamat,
Kerana aku merasakan aku sebagai anak kucing,
Yang inginkan puting ibunya dan dakapan suam bulu lebatnya,
Jilatan mesra kasih sayang.

Ah!
Aku tidak sehebat A. Samad Said idolaku itu,
Mahupun mawar shafie yang ku jumpa di ukm dahulu,
Tidak juga sedikit dari Faisal tehrani dan Siti jasmina Ibrahim.

Mungkin aku tidak perlu sebegitu,
Abstrak alternatif sebegini yang ku cari-cari.

Jika aku mampu menghabiskan sebuah buku satu malam,
Aku dapat 365 ilham dari 365 buah buku yang aku baca,
Telah aku katakan,
24 jam sehari tidak cukup bagiku,
Untuk aku berkarya,
Berkhayal,
Bermanja,
Bermunajat,
Belajar,
Berlatih,
Baiki kesilapan lalu.

Gawal, gawal, gawal, gawal, gawal.


ashraf adrutdin
12/3/2010
jam 10.01 malam

1 ulasan: