Khamis, 29 Disember 2011

Bab 4 - Manuskrip Prolog Saraswathy 1934


“Apa? Saras pengsan? Aiyoyo! Apa sudah jadi kepada dia Salimah? Cakap! Cakap kepada ku!”, Rama terduduk di kerusi kayu di pangkin luar rumahnya, terkejut dengan kedua belah tangan menarik rambut putihnya yang sudah semakin jarang itu. Devi masih belum pulang dari kuil tempat dia bekerja menjaga kerbersihan kuil berpatung lembu emas di balik pokok Cengal sebesar lima pemeluk orang dewasa itu. Jemala pokok dan rimbunan daun yang lebat membuatkan daun-daun tua berguguran sentiasa ke tanah dan memasuki sebahagian kawasan kuil itu, dan sentiasa itulah Devi menyapu daun-daun itu agar tidak terus berterbangan memasuki kawasan lain di dalam kuil itu. Tak kurang dengan itu, dia harus pula sentiasa mengemop pula lantai marmar kuil itu kerana Bobby, si anjing hitam bermata satu itu seringkali terkincit bila bangun dari tertidur dan tak sempat berlari untuk berak di bawah pokok Cengal sebesar lima pemeluk orang dewasa itu. Kadang-kadang kerana terlalu marahkan bobby, Devi selalu menghalau anjing hitam bermata satu itu agar tidur sahaja di bawah pokok Cengal itu atau di sekitar semak, atau di mana-mana sahaja asal jangan di lantai marmar kuil itu. 

“Poh! Poh! Poh!”, marah Devi pada Bobby bila dia mula terkincit di dalam kuil itu. “Kurang asam kau ya Bobby! Kau kalau mahu berak, pergi berak di sana! Di sana!”, sambil tangan Devi mengacu-ngacu jari telunjuk pada pokok Cengal sebesar lima pemeluk orang dewasa itu. “Kau makan apa pun aku tak ada tau juga, lagi dua hari sekali kau mesti mau terkincit di sini juga, aiyoyo! Sakit lah kepala aku ini macam, Bobbyyyyyyy!!!”, marah Devi pada Bobby bermata satu itu. Saat itu Bobby telah pun selesai melepas hajat di bawah pokok Cengal sebesar lima pemeluk orang dewasa itu, sambil menjelir-jelir lidahnya yang panjang pada Devi, dia berlari-lari anak mengejar ekornya sendiri, maka berpusing-pusinglah si Bobby bermain dengan ekornya sendiri. Setahu Devi, anjing hitam bermata satu itu, sudah hampir 10 tahun menginap di kuil berpatung lembu emas itu. 

Pernah dia mendengar suatu ketika, tika hujan lebat, dengan petir sabung menyabung, petang itu, sami Ravichandran yang ketika itu dalam perjalanan ke kuil berpatung lembu emas itu dek kerana tertinggal payungnya setelah separuh jalan tiba-tiba hujan lebat menggila turun, apalagi berlari-larilah sami Ravichandran berpatah balik ke kuil berpatung lembu emas dengan kain putihnya hampir-hampir terlondeh kerana kuyup kebasahan dengan perutnya yang membuncit itu, maka memang mudahlah terlucut kainnya itu. Sedang dia berlari sambil kedua-dua tanganya memegang kainnya, petir secara tiba-tiba menyabung sebahagian besar ranting pokok Cengal sebesar lima pemeluk orang dewasa itu yang berada di belakangnya itu, maka jatuh berderailah ranting-ranting dan dahan pokok itu dan mengenai pula sami Ravichandran itu, dan terjatuhlah dia macam nangka busuk jatuh ke tanah. Tika itu, Bobby terus berlari mendapatkan sami Ravichandran konon-konon untuk menyelamatkannya, saat sampai pada sami Ravichandran, petir sekali lagi berdentum dan mengenai dahan pokok Cengal sebesar lima orang pemeluk dewasa itu dan terjatuh terkena pada kepala Bobby yang tak sempat mengelak dek kerana hujan yang lebat itu, demi menyelamatkan sami Ravichandran yang dah lama terkulai pengsan di situ. Sami Ravichandran terselamat, hanya cedera luka di bahu dan kakinya, saat mengerang kesakitan, dia terasa ada sesuatu yang berat menimpa perut buncitnya itu, perlahan-lahan dia mengangkat kepala dan ternampaklah dia akan Bobby yang sudah pun berlumuran darah di kepala dan badannya. Saat itu dia berdoa pada dewa Krishna Dwaipayana Wyasa agar menyelamatkan Bobby dari kemalangan yang berlaku itu. Dan seusai dia terkumat kamit membaca doa, lalu dia pun pengsan dalam kebasahan hujan lebat yang menggila itu.

Malam itu gemparlah sekitar komuniti India di kampung Dusun Semerbak bila mereka mencari-cari Sami Ravichandran yang tak balik-balik(sambung..)


ashraf adrutdin,
rrim sg buloh,
29/december 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan