Selasa, 27 Disember 2011

Manuskrip novel pertama: Prolog Sangheeta

PROLOG SANGHEETA

Bab 1

Saat itu begitu indah sekali, suasana petang yang hangat, menceriakan mereka yang berada di sekitar pantai Klebang itu. Dari jauh kelihatan sepasang kanak-kanak berbasikal berkejar-kejaran dengan indah sekali. Derus mengayuh dengan deras sekali basikalnya yang dikejar Sangheeta. Ada kalanya Derus buat-buat terjatuh dan cuba menakut-nakutkan Sangheeta. Tatkala Sangheeta sedang menggelabah turun dari basikal, Derus bangkit dan terus mengayuh basikalnya meninggalkan Sangheeta yang ketawa dan marah kerana ditipu Derus.
“Hei Derus! Kurang asam awak ya, tipu saya. Lepas ni awak jatuh betul-betul baru padan muka, hehe”.
“Cubalah awak kejar saya, harap sahaja kaki panjang, saya yang ketot ni boleh mengayuh lebih laju dari awak, Sangheeta!”
“Hei Derus, aku dapat kau, siaplah nanti! Aku rebus kau dalam kari mak aku tau!”

Lalu Deris dan Sangeetha terus mengayuh basikal di temani hangatnya mentari pada petang itu. Begitu mesra dan asyik mereka bergurau senda tanpa diganggu oleh sesiapa. Saat Sangheeta cuba melepasi Derus, sambil bergelak tawa, tiba-tiba Derus terlanggar beting pasir yang tinggi lalu terjatuh dan terbaliklah anak muda itu.
“Derus! Derus! Awak tak apa-apa ke? Amma, ada darah lah di kaki awak tu!, Aiyoo Derus, macam mana ni? Adui”
“Sang..Sangheeta..aduh, sakitnya..”
Sangheeta kelam kabut, belum pernah mereka cedera berbasikal sebelum ini. Sangheeta cuba melihat kiri kanan, depan dan belakang andai ada siapa-siapa yang boleh membantu. Dalam kelam, matanya tiba-tiba gelap, dan dia pula terkulai pengsan.














Bab 2

“Itulah mak dah kata, lain kali main, jangn seronok – seronok sangat. Hah, tengok, apa dah jadi ni? Main sampai kaki tersangkut kat rim basikal? Nasib baik luka kau sikit saja, tapi si Sangheeta ni pulak yang..”
“Mak, kasihan saya tengok Sangheeta mak, hehe. Saya yang luka, dia pula yang pengsan. Geli pula hati saya tengok tadi mak. Hehe, adoi!”
“Kau tu, tak usahlah bergerak sangat, nanti lambat sembuh lukanya itu, alah kau ini pun, cuba duduk diam-diam, tak boleh ke?” , dengus Mak Itam pada anak tunggalnya itu.
+Hai Derus, kau ni satu-satu sahaja buah hati pengarang jantung mak, kalau jadi apa-apa pada engkau, bagaimana harus aku layari hidup seorang begini?
Menitis air mata Mak Itam saat mengenangkan kalau-kalau Derus lambat sembuh dari luka dia itu, risau bertali arus dalam hatinya, walaupun luka itu hanya kecil, tapi umpama cubit peha kiri, peha kanan turut terasa, itulah perasaan seorang ibu pada anak kesayangan dia.
“Mak, kenapa mak menangis ni? Mak sedih ke? Tapi kenapa mak? Kan saya luka sikit aje ni. Mak tak usah lah menangis, kememeh la mak ni.” Ujar Derus sambil memeluk dan mengesat air mata maknya yang jatuh meleleh tanpa henti. Derus lalu baring di peha maknya, negitu manja sekali anak jantan seorang ni.
“Derus, mak bukan nangis kerana luka kau itu, tap mak terkenangkan arwah ayah kau. Kalau lah kau ni tak ada di bumi ni, alamatnya memang tinggal mak seorang sebatang kara nak”.
Derus berpaling pada wajah ibunya itu. Seorang wanita yang gigih menyara kehidupan bersama seorang anak lelaki tunggalnya. Tiba-tib air mata Derus turut mengalir deras, cepat-cepat dia mengesat air mata itu. Dia tidak faham, mengapa ayahnya pergi meninggalkan mereka saat dia masih mahu memeluk tubuh ayahnya dengan manja. 

Derus mendengus; “Mak, siang malam mak selalu mengeluh mengenangkan ayah, cikgu Laili cakap, tak baik kenangkan orang yang dah meninggal mak, betul, Ustaz Zikri pun ada cakap dalam tazkirah dia hari tu, mak”, Derus memujuk ibunya agar berhenti menangis.
“Yeke nak? Apa ustaz Zikri dan cikgu Laili beritahu Derus? Cuba kau cerita sama mak, mak pun nak tahu juga”, sambil Mak Itam mengesat air matanya, tersenyum dek anaknya yang bijak dan pandai, syukur Derus masih hendak ke sekolah, dan dia sanggup pula berkorban apa sahaja asal Derus mahu ke sekolah, syukur ada kawan sebaik Sangheeta, matanya berkerdip melirik pada Sangheeta yang masih belum terjaga dari pengsannya. 
Tiba-tiba Derus bangun, terkejut dan terlupa yang Sangheeta ada di rumahnya, kerana selalunya hanya dia dan emaknya sahaja di rumah peninggalan arwah ayahnya itu. Nasib baik juga rumahnya itu tidak jauh dari pantai tempat dia bermain bersama Sangheeta tadi. Jam menunjuk pukul 5, tetapi Sangheeta masih belum bangkit. Derus mula risau.
“Mak, Sangheeta tu bagaimana? Takkan nak biarkan dia di sini? Nanti ayah dan mama dia risau pula? Ish, takutlah mak”, ujar Derus mengetap bibir dia.
“Tak apa, nanti mak beritahu sama Makcik Devi dan pakcik Rama kau, ye nak?” Mak Itam bangkit dari duduk dia di sambil memakai tudung dan diikat kemas melilit tengkuk dan lehernya, lalu dicapainya payung.

“Kalau hujan, kau jangan lupa angkat ikan masin yang mak jemur tu, basikal kau dan si Sangheeta ni, jangan lupa bawa naik juga, nanti karat mak tak tahu ya Derus!”.
“Ya lah mak, mak jalan hati-hati, atau mak nak pakai basikal saya?”, ujar Derus sambil mencium tangan ibunya.
“Tak apa nak, biar mak jalan kaki sahaja, nanti roboh pula basikal kau tu nak, bukan senang kita nak cari duit sayang”, Mak Itam senyum pada anaknya yang satu ini, sambil mencium dahinya.
“Mak, ini sahaja peninggalan ayah mak. Derus tak punya apa-apa lagi”, Derus mengangkat dengan sepenuh tenaga basikal kesayangan dia itu, Raleigh, buatan England itu, hadiah dari Tuan Thomas, tanda dia hargai ayah yang setia bekerja dengan dia sebagai pemandu dia ke pejabat mahupun ke mana sahaja. Untung juga ayah, dapat dia melancong ke sana sini satu Malaya, mengikut Tuan Thomas ke pejabat-pejabat residen Tanah Melayu. Tahun itu 1935, hari lahir aku yang ke tujuh tahun, Tuan Thomas dapat tahu aku akan ke sekolah untuk pertama kali seumur hidup aku.
“Hei Derus, aku dengar kau akan ke sekolah, tahun hadapan ya?”
“Bukanlah Tuan Thomas, tahun ini, e-m-p-a-t, J-a-n-a-r-i ini Tuan!”, sambil aku mengangkat tabik hormat pada dia. Tuan Thomas tergelak-gelak melihat aku tergagap mengeja bulan, dan tersalah pula!
“Kahkahkah..hei Ramli, anak kau ini sudah pandai mengeja bulan, bulan apa tadi ya? Janari? Kahkahkah. Hei anak kecil, kau masuk ke sekolah, belajarlah baik-baik, supaya kau boleh jadi pemimpin, macam aku! Kahkahakah”, ketawa Tuan Thomas mengejek aku salah eja bulan Januari. Aku turut tersenyum sinis, dan tersipu-sipu malu.
“Hei budak, ini basikal Raleigh, buatan negara British, negara aku, aku nak hadiahkan pada kau basikal ini, supaya kau mudah ke sekolah, tak perlulah ayah kau menghantar kau, kerana dia sibuk untuk bekerja dengan aku, kahkahakah”, ketawa Tuan Thomas sambil menepuk basikal yang jadi kebanggaan dia itu.
“Tapi ayah, ibu, Tuan Thomas, saya tak pandai nak naik basikal? Ayah sahajalah yang menghantar saya ke sekolah, boleh ya ayah?”, aku memeluk pinggang ayah aku.
Ramli mencangkung sambil memegang kedua-dua bahu anaknya itu, “Derus bin Ramli, anak ayah, awak tu lelaki, kena cepat matang sayang, jaga ayah dan emak kau bila kau dah dewasa nanti, jadi orang berguna nak, jaga maruah kita”.
“Ya ayah, Derus tahu, Derus baca semua sajak-sajak ayah, ops!”
Ramli menoleh pada Salimah, “Kau kasi anak kita baca surat-surat akukah?”
Salimah tersipu-sipu ,malu, matanya memerhatikan Derus, “Alah abang, apa salahnya, Derus kan baru mula pandai membaca? Saya ajarkan dia puisi-puisi abang, syair rindu dan pantun, moga-moga dia kenal dan tahu warisan bangsa kita bang!”
“Ramli! I thing we are late now, come on, let’s get going, I don’t want to be late, our Gabenor want to meet this evening! Now, come on! Leave ur child and your wife, they will be alright”, Tuan Thomas memberi arahan pada pemandunya supaya lekas bersiap menghantarnya ke Singapura untuk bertemu Gabenor William.
“Yes sir!”, Ramli menoleh pada anaknya, satu-satunya anak yang dia ada bersama Salimah, mencium dahi dan memeluknya erat, bagai enggan melepaskan anaknya itu.
“Ramli, janji dengan ayah, kau jaga emak kau baik-baik, ya?” 
“Ya ayah, ayah janganlah risau ya!”, sambil dia mengangkat tabik pada ayahnya lalu tersenyum. Ramli mengangkat beg ke dalam bonet kereta sambil ditemani Salimah.
“Bang, abang pergi tak lama kan? Kan abang kan?”, tanya Salimah pada suaminya itu, satu-satunya suami dunia akhirat, yang tak pernah lupa mengajarkannya ilmu agama yang cukup pada dia dan anaknya Derus. Meskipun Ramli berpelajaran tidak tinggi, namun didikan agamanya membolehkan beliau menjadi guru agama di sekolah Tanah Melayu, tetapi ketika itu, Tuan Thomas yang baru berkhidmat di (bersambung...)

ashraf adrutdin
rrim sg buloh
27 disember 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan