Mengetip kuku,
Umpama menyingkir dosa,
Selang sehari,
Tumbuh semula – begitu juga dosa.
Apa mudah membuang jerawat di muka?
Rasa perit rasa nikmat,
Bersih rata mulus kononnya,
Bagaimana pula dengan daki di ketiak?
Tersorok di dalam kata kau – “Ah, siapa yang mahu melihatnya?”
Aib diri, Tuhan jua tahu.
Dan aku tidak bisa menang dengan setiap percakapanmu,
Dan aku enggan menang demi memuaskan nafsu kenanak-anakkanmu,
Kepuasanmu itu memakan dirimu,
Kelak kau tersekat dengan Biring Si Kunanimu,
Terlupa bertukar dengan Raja,
Menangmu menang palsu
Mahukah kau, aku lakukan sebegitu?
Kita berlayar di lautan yang sama
Namun bukan di pelabuhan yang sama kita tuju.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan