Selasa, 6 Ogos 2013

Sederhana (buat isteri)

 

Kau harus tahu,

Bahawa bukan aku tidak mahu membantumu,

Dengan sikapmu yang teramat teliti,

Dan mendambakan kesempurnaan tiap detik,

Merunsingkanku.

 

Aku tidak tahu bagaimana mahu mengikuti rentakmu itu.

Dan ada ketika aku terhiris perasaan dan egoku,

Sewaktu engkau memarahiku kerana,

Melakukan sesuatu, tidak mengikut cara dan aturan fikiranmu itu.

 

Tidak, bukan aku tidak bersyukur,

Dengan kekemasan, kebersihan dan keber tanggungjawabanmu itu,

Namun,

Usahlah terlalu teliti sayang,

Kelak kau juga akhirnya yang marah-marah,

Dek letih mengemas dan membersih.

 

Tidak, bukan aku tidak sayang padamu,

Aku Cuma ingin kau tahu bahawa,

Hidup kita biarlah bersederhana!

 

Ashraf Adrutdin, 27 Disember 2012

Subang Bestari

1 ulasan:

  1. perkara biasa yang menjadi asam garam rumahtangga... sabar landasannya. Orang yang dah bertahun berkahwin pun mmg kerap bergeser kerana hal ini. Inilah antara masanya untuk kita belajar berkomunikasi dan bertolak ansur.. :)

    BalasPadam