(I)
Dunia ini suatu persinggahan yang keliru,
yang penuh dengan penipuan manusia,
yang membebankan insan-insan yang belum mampu mengerti erti hidup ini untuk apa dan
untuk siapa,
malahan, cinta juga merupakan satu dusta,
cinta dunia ini cinta yang sementara,
cinta yang berlandaskan nafsu,
cinta yang diakhiri dengan sesuatu yang tidak pernah puas,
cinta wanita, cinta dunia, cinta harta dan pangkat.
(II)
Kerana cinta manusia bisa jadi gila,
Bermula dengan cinta monyet, cinta pandang pertama, cinta yang konon-kononnya abadi.
Cinta yang kadangkala mendorong seseorang menjadi seorang yang bertanggungjawab,
bersemangat dalam melayari hidup nan dusta ini.
Cinta yang dikatakan cinta sejati,
Apakah kisah Romeo dan Juliet?
atau Laila Majnun?
atau jika dicedok pada era menghampiri kiamat ini pada watak pencinta Kasyah dan Ayu?
(III)
Kerana cinta juga,
benih-benih nafsu serakah mengalir dan bertemu dengan yang satu.
yang akhirnya ditiupkan roh menjadi janin yang tidak berbapa.
Di saat ini,
cinta itu terlalu murah untuk disebut, diungkapkan, diserahkan pada yang tidak sepatutnya
menerima dengan adil dan halal.
Hanya selepas itu, barulah terdengar nada-nada yang apologetik menyesali perbuatan bahagia
itu, yang penuh dengan nikmat duniawi.
(IV)
Anak yang dilahirkan ini,
tidak memahami mengapa dia berada di sini,
Hanya ketika dia dewasa,
tatkala dia mencari dirinya sendiri,
baru dia mengerti, takdir hidup ini tidak adil buat dirinya.
“Siapa ayahku? Siapa ibuku?”
“Apa ertinya hidup ini jika kasih dan cinta yang aku perlukan, tidak kukecapi senikmat-nikmatnya darimu sebagaimana insan-insan yang lain”
+Memang dunia ini, satu penipuan, tapi engkau tidak mampu menahan takdirNya. Engkau suci, bersih, tetapi kerana sejarah engkau mengotori diri, kau menafikan semangat khalifah yang Tuhan telah amanahkan kepada kau.
“Siapa ibuku? Mengapa kau harusku seru dalam mimpiku, dalam jagaku? Rinduku ini untuk siapa? Untuk siapa harusku serahkan rinduku ini untuk dijamah, biarpun sedikit, asalkan harum untukku menghirup udara duniawi ini?”
(V)
Jikalau aku,
diberi pilihan,
untuk meneruskan hidup atau berserah pada sang Izrail saat engkau tinggalkan,
aku digigit kesejukan malam dan sang semut yang kehausan rezeki,
lantas sahaja aku inginkan nyawaku dicabut demi mengejar keabadian syurga Allah dari aku hidup dalam dunia yang sepi, dusta, nista ini.
Jikalau aku mampu berkata-kata tatkala engkau meninggalkan aku sepi bersendirian hanya bertemankan bintang dan bulan pada malam itu, ingin aku berteriak padamu,
"Inikah janjimu pada sang Pencipta dengan meninggalkan zuriat suci ini hasil persetubuhan harammu itu? Keinsafan engkau tidak beerti dengan menambahkan lagi dosa ini!"
Jika aku mampu berkata-kata pada saat itu, aku akan merayu pada engkau agar tidak meninggalkan aku jika ada rasa cinta, biarpun hanya secebis sahaja, cukuplah.
Itu lebih bermakna dari cinta dusta kau itu pada kelamin lelaki yang meragut malumu itu.
Tidakkah engkau malu padaku? Setidak-tidaknya malulah engkau pada sang Pencipta Allah 'Azza wa Jalla yang meciptakan engkau, yang meniup roh dalam tubuhku ini.
Hakikatnya, aku hanya mampu menangis.
Sdr Ashraf
BalasPadamselamat datang ke kursus saya.
blog ini boleh digunakan sebagai ruang tugasan.
cuma perlu maklumkan dalam entri selepas ini bahawa ia dinilai untuk kursus dan merujuk tema semester ini.