Rabu, 2 Oktober 2013

SKMM 2083: Pengenalan

Salam hormat buat semua, terutama rakan-rakan baharu program persuratan melayu, UKM.

Bermula dengan entri ini, yang mana akan saya tandai permulaan tajuk dengan SKMM 2083 akan dinilai oleh pensyarah saya, Prof Madya Dr. Mawar Shafei bagi kursus yang saya ikuti bersama pelajar prasiswazah, Penulisan Kreatif (SKMM 2083) sebagai syarat tambahan buat saya yang kini sedang melanjutkan pelajaran saya dalam sarjana kesusasteraan melayu. 

Saya akan menulis segala cebisan idea, sajak mungkin, atau sekadar jurnal harian yang bertemakan kenangan lalu, nostalgia, atau dejavu berkenaan diri saya, orang-orang sekeliling saya, atau apa saja yang barangkali terlintas dalam benak pemikiran dan khayalan saya. 

Apapun, saya berdoa dalam diam, dalam sujud sejadah dan pada tadahan tangan 
meminta, memohon agar diberi kekuatan buat saya meneruskan apa yang telah saya putuskan, melalui hati yang terdalam, melalui istiharah yang saya panjatkan. Tuhan, ia suatu keputusan yang amat sukar buat saya, namun saya bertawakal dan berusaha yang terbaik buat diri saya, isteri dan anak kami yang baru lahir pada 27/9/2013 jam 8.05 malam melalui pembedahan. Saya berharap agar kami sekeluarga diberi kekuatan dalam hadapi segala getir, rintangan dan ujian yang pelbagai, sebagai manifestasi hamba yang sentiasa mahu bimbingan dan hidayahNYA.



Amna Aishah, kiranaku yang masih di dalam inkubator, semoga kau menjadi pejuang nak!

Jazakallahu khairan khatira


ashraf adrutdin
2 Oktober 2013
jam 5.50 petang
ppum

1 ulasan:

  1. Sdr Ashraf
    terima kasih menyertai kursus kami.
    TAHNIAH atas kelahiran puterinya; semoga menjadi anak yang solehah.

    BalasPadam