Teks
sastera dalam genre drama merupakan suatu wadah, yang membawa pemikiran seorang
pengarang dan dihidupkan oleh pengarah yang mampu menginterpretasikan teks
setepat yang mungkin. Solehah Ishak dalam artikelnya ‘Teks dan makna dalam
drama Melayu moden’ mengklasifikasikan teks dalam beberapa bentuk, dengan tiga
yang utama adalah deklaratif, imperatif dan interogatif.
Secara ringkasnya, deklaratif ialah
teks yang ‘straight to the point’ dan tidak memerlukan daya fikiran yang berat,
makanya sesuai untuk semua peringkat umur dan khayalak. Bagi teks imperatif, penonton
drama biasanya akan menyimpulkan sendiri pengakhiran cerita kerana sifat drama
yang tergantung dan tiada perleraian, seolah-olah penontonlah pengarang drama
tersebut. Teks interogatif pula membawa dimensi yang berbeda dengan teks drama
yang serius, berat dengan isi tersirat dan simbol-simbol. Kebiasaanya, drama
sebegini membawa ideologi pengarang yang tidak mudah ditafsir khayalak. Pengarang
seperti Noordin Hassan cenderung kepada teknik ini dengan contoh dramanya Sirih Bertepuk Pinang Menari dan Bukan lalang ditiup angin.
Pengarang juga bisa mengarah
dramanya sendiri, dan ini memberi roh sebenar pada sesebuah drama itu, kerana
jelas drama yang diarah sendiri oleh pengarang lebih tepat tafsiran dan
makna-makna berlapisnya. Apatah lagi, pengarang dan pengarah itu sendiri
menjadi pelakon utamanya, drama lebih menyusup jiwa kerana lakonan itu
benar-benar datang dari hati dan pemikiran pengarang itu sendiri. Syed Alwi
merupakan contoh pengarang yang menjadi pengarah dan juga pelakon utama dalam
dramanya.
Teks yang dikarang oleh pengarang
berbeza, memberi makna yang turut berbeza, lantas khayalak juga berbeza, dan
ini biasanya terpecah pada golongan miskin – kaya, dan atau tua – muda.
Ashraf Adrutdin
21 Oktober 2013
12.07 pagi
Batu Caves
Tiada ulasan:
Catat Ulasan